Kemas kini terakhir 3 November 2026.
PKSK 2027: Latihan Soalan ialah bahan latihan tidak rasmi untuk murid yang bersedia menghadapi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus. Format latihan disusun daripada dokumen yang diterbitkan secara umum oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Majlis Amanah Rakyat. Aplikasi ini bukan produk rasmi mana-mana agensi kerajaan, dan semua soalan ditulis asal oleh kami untuk tujuan latihan.
Skor dan anggaran kesediaan dalam aplikasi ialah panduan latihan sahaja. Ia tidak meramal keputusan sebenar PKSK dan tidak menjamin tawaran ke mana-mana sekolah. Format sebenar pentaksiran boleh berubah, dan maklumat rasmi hendaklah dirujuk kepada pihak sekolah atau laman rasmi kementerian.
Pembelian sekali bayar membuka akses penuh untuk akaun Google Play atau Apple yang membuat pembelian, tanpa caj bulanan. Akses boleh dipulihkan pada peranti lain yang menggunakan akaun Google Play atau Apple yang sama melalui butang Pulihkan pembelian.
Langganan bulanan dicaj kepada akaun Google Play atau Apple bila pembelian disahkan dan diperbaharui secara automatik setiap bulan pada harga yang sama, melainkan dibatalkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tempoh semasa tamat. Langganan boleh diurus atau dibatalkan dalam tetapan akaun Google Play atau App Store. Pembatalan berkuat kuasa pada hujung tempoh yang sudah dibayar.
Bayaran diproses oleh Google Play atau App Store, jadi permintaan bayaran balik tertakluk kepada polisi kedai aplikasi masing-masing. Kalau ada masalah dengan pembelian, hubungi kami dan kami akan bantu sebaik mungkin.
Kami berusaha memastikan setiap soalan dan penerangan tepat. Kalau terjumpa kesilapan, gunakan butang Laporkan soalan ini dalam aplikasi supaya soalan itu disemak. Kandungan aplikasi, termasuk soalan, penerangan, contoh karangan dan grafik, ialah hak milik kami dan tidak boleh disalin atau dijual semula tanpa kebenaran.
Terma ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terakhir dipaparkan di bahagian atas halaman ini.
Sebarang pertanyaan boleh dihantar ke pksk2027@boostmarketing.my.